Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Pelesenan telah melakukan satu Operasi Khas (Ops Mawar) di sekitar Bandar Batu Pahat. Ops Mawar menyasarkan beberapa premis perniagaan pusat hiburan keluarga (Karaoke) dan pusat sukan Snoker. Dalam operasi tersebut terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh pemilik premis perniagaan tersebut.
Tindakan diambil :
- Tiga (3) kompaun diatas kesalahan melanggar syarat lesen
- Enam (6) kompaun diatas kesalahan gagal mempamerkan lesen perniagaan bagi tahun semasa apabila di minta
- Dua (2) kompaun tidak mempunyai rekod suntikan tifiod
Nasihat dan Peringatan :
Pihak MPBP menasihati agar pemilik premis perniagaan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen yang telah di tetapkan oleh MPBP. Tindakan penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.