Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Jabatan Pelesenan dan Jabatan Kesihatan telah melaksanakan satu Operasi Penguatkuasaan Ops Bara (Premis Tomyam) di sekitar kawasan pentadbiran MPBP.
Operasi ini menyasarkan premis perniagaan sebahagian besar perniagaan tersebut dikendalikan oleh warga asing. Dalam operasi ini, sembilan (9) premis diperiksa dan terdapat beberapa tindakan telah diambil antaranya :
Tindakan diambil :
- Tujuh (7) premis perniagaan telah di tutup serta merta bagi tindakan lanjut
- Lima (5) kompaun diatas kesalahan tiada perangkap minyak
- Empat (4) kompaun diatas kesalahan tidak memiliki buku suntik (premis makanan)
- Tiga (3) kompaun diatas kesalahan langar syarat lesen
- Tiga (3) kompaun diatas kesalahan meletakan/membela haiwan ungas(ayam hidup) di dalam premis perniagaan
- Dua (2) kompaun diatas kesalahan mendirikan bangunan/ubah suai bangunan tanpa permit MPBP
- Satu (1) kompaun diatas kesalahan gagal mempamir lesen perniagaan bagi tahun semasa
- Satu (1) kompauan diatas kesalahan meletakan kerusi/meja tanpa permit menyebabkan halangan di tempat awam
- Tiga (3) Notis Amaran henti niaga serta merta
Nasihat dan Peringatan :
Pihak MPBP menasihati agar pemilik premis sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen yang telah di tetapkan oleh MPBP. Tindakan penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.