09 FEBRUARI 2026 | ISNIN - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Jabatan Pelesenan dan Unit Tempat Letak Kereta (TLK) telah melaksanakan satu Operasi Penguatkuasaan Ops Angkat di sekitar kawasan pentadbiran MPBP.
Opersi ini menyasarkan premis perniagaan yang meletakan kerusi,meja dan peralatan lain di siar kaki (kaki lima), petak tempat letak kereta awam dan kawasan awam tanpa kebenaran, yang menimbulkan gangguan kepada laluan trafik dan membahayakan keselamatan pelangan serta pengguna jalan. Dalam operasi ini, beberapa tindakan telah diambil antaranya :
Tindakan diambil :
- Empat (4) kompaun di keluarkan di atas kekotoran
- Empat (4) kompaun di atas kesalahan halangan di tempat awam
- Satu (1) kompaun di atas kesalahan melangar syarat lesen dengan mengajikan warga asing tanpa permit
- Satu (1) kompaun di atas kesalahan tidak memperbaharui lesen bagi tahun semasa apabila di minta
- Satu (1) kompaun di atas tidak memiliki lesen iklan
- Satu (1) tindakan menutup premis diatas kesalahan melangar syarat lesen perniagaan
- Sebanyak dua ratus dua puluh (220) kerusi, meja dan barang perniagaan di sita atas kesalahan meletakkan halangan di tempat awam dan dibawa ke stor simpanan bagi tujuaan di dokumentasi
Nasihat dan Peringatan :
Pihak MPBP menasihati agar pemilik premis agar sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen yang telah di tetapkan oleh MPBP. Tindakan penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.