Operasi Khas Warga Asing

Operasi Khas Warga Asing

  • 4 Mac 2026
  • Berita

04 MAC 2026 | RABU - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah melaksanakan satu Operasi Khas bersama Jabatan Pelesenan, Unit Tempat Letak Kereta dan Jabatan Imigresen Batu Pahat (JIM). Operasi ini tertumpu di sekitar kawasan Tamann Sri Panchor serta premis besar (Kilang) di sekitar kawasan Jalan Kluang.

Dalam operasi tersebut, pihak Majlis dan JIM telah mengambil beberapa tindakan serta merta antaranya :

Tindakan diambil :

  • Sembilan (9) Kompaun dikeluarkan kepada premis perniagaan atas pelbagai kesalahan dan pelanggaran Akta serta Undang-Undang Kecil MPBP.
  • Tiga (3) arahan tutup premis serta merta.
  • Enam (6) tangkapan warga asing yang dilaksanakan oleh pihak JIM.

Nasihat dan Peringatan :

Pihak MPBP dan JIM menasihati agar pemilik premis sentiasa mematuhi syarat-syarat serta undang-undang MPBP dan JIM. Tindakan tegas penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.