23 FEBRUARI 2026 | ISNIN - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat telah melaksanakan Operasi Pemeriksaan Bazar Ramadan di Bazar Ramadan Taman Sri Sulong bagi memastikan tahap kebersihan, keselamatan makanan serta pematuhan syarat pelesenan berada dalam keadaan baik dan terkawal.
Operasi ini juga melibatkan kerjasama bersepadu daripada:
- Jabatan Kesihatan Persekitaran, MPBP
- Jabatan Pelesenan, MPBP
- Jabatan Penguatkuasaan, MPBP
Objektif Operasi:
- Memastikan pengendali makanan mematuhi peraturan kebersihan dan keselamatan makanan
- Memeriksa lesen/permit perniagaan serta pematuhan syarat-syarat ditetapkan
- Memberi nasihat dan teguran secara berhemah kepada peniaga
- Menjamin keselesaan serta keselamatan pengunjung bazar
Sepanjang operasi dijalankan, pemeriksaan meliputi aspek kebersihan gerai, pemakaian pengendali makanan, pengendalian bahan mentah dan makanan siap, serta susun atur peralatan dan pengurusan sisa pepejal.
MPBP komited dalam memastikan setiap lokasi bazar Ramadan berada dalam keadaan bersih, selamat dan teratur demi kesejahteraan semua pihak.
Terima kasih atas kerjasama para peniaga dan orang awam dalam memastikan Bazar Ramadan berjalan lancar.