Mesyuarat Pelaksanaan Program Pengukuran Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar - Luar Bandar Malaysia

Mesyuarat Pelaksanaan Program Pengukuran Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar - Luar Bandar Malaysia

  • 3 Apr 2026
  • Berita

03 APRIL 2026 | JUMAAT - En. Abd Razak b Ithnain, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan MURNInets Peringkat Majlis Perbandaran Batu Pahat.  Mesyuarat dihadiri oleh Wakil Jabatan Dalaman MPBP dan Agensi di peringkat daerah yang bertindak selaku pembekal data utama bagi indikator MURNInets.  Wakil Jabatan Perancangan Bandar dan Lanskdap selaku Urusetia MURNInets Peringkat Majlis Perbandaran Batu Pahat telah membentangkan analisis dan status kemampanan MURNInets Majlis Perbandaran Batu Pahat bagi Tahun 2025.  Data menunjukkan tiga (3) Dimensi yang mencapai nilai sederhana Mampan iaitu D3 - Komuniti Sejahtera, D4 - Gunatanah dan Sumber Asli Optimum dan D5 - Infrastruktur dan Pengangkutan Efisyen. Peratus kemampanan yang dicatatkan adalah 95.98% meningkat berbanding tahun sebelumnya dan merupakan peratusan tertinggi bagi tempoh 12 tahun penilaian MURNInets di Malaysia.

Sebagai rekod, Majlis Perbandaran Batu Pahat telah mendapat tempat ke-2 peringkat Negeri Johor bagi Status Kemampanan bagi Tahun 2025. Bagi tahun 2026, penilaian Inidikator MURNInets juga mengambilkira indikator Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) selain daripada indikator MURNInets sedia ada. Pengumpulan data bermula pada Februari sehingga Jun 2026 dengan penglibatan data di peringkat kebangsaan, negeri dan tempatan bagi keperluan 48 Indikator keseluruhannya. Majlis Perbandaran Batu Pahat terus komited untuk memastikan kualiti hidup masyarakat terus mampan dan berdaya saing pada masa akan datang.