Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Penempatan Semula Jeti Nelayan Tanjung Semanik

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Penempatan Semula Jeti Nelayan Tanjung Semanik

  • 4 Mei 2026
  • Berita

04 MEI 2026 | ISNIN - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Penempatan Semula Jeti Nelayan Tanjung Semanik telah diadakan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Aras 14, Menara MPBP. Mesyuarat dilaksanakan susulan daripada keputusan Mesyuarat Penyelarasan Isu Jeti Nelayan Tanjung Semanik yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared bin Mohd Khalid  pada 23 April 2026 yang lalu.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Yang DiPertua MPBP, Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman dengan kehadiran oleh wakil ADUN Semerah dan penglibatan agensi terdiri daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor, Pejabat Daerah Batu Pahat, Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat, JPS Batu Pahat, Pejabat Laut Batu Pahat, Pejabat Imigresen Batu Pahat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Pejabat Perikanan Batu Pahat, Persatuan Nelayan Kawasan Batu Pahat, Penghulu Mukim Peserai dan Bagan, Ketua Kampung Sungai Kelambu dan Sungai Kajang, serta pihak Syarikat Second Port Logistics (SPL) Sdn Bhd. 

Mesyuarat diadakan adalah bertujuan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu penempatan nelayan di Jeti Tanjung Semanik yang bakal ditempatkan semula di Jeti Sungai Kajang bagi tujuan pembangunan pelabuhan marin yang akan dibangunkan oleh Syarikat SPL Sdn Bhd. Hasil perbincangan mencapai persetujuan secara adil bagi komuniti nelayan untuk meneruskan aktiviti perikanan sehingga satu tarikh kelulusan pembangunan oleh pihak SPL diperolehi di peringkat Kerajaan Negeri. Mesyuarat juga sangat mengalukan pembangunan oleh pihak SPL bagi memacu pertumbuhan ekonomi Daerah dan Negeri tetapi perlu berlandaskan peraturan dan ketetapan oleh Kerajaan Negeri.