11 MAC 2026 | RABU - Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Perindustrian (IPMC) Peringkat Majlis Perbandaran Batu Pahat Bil.1/ Tahun 2026. Jawatankuasa ini berperanan mengurus, memantau dan membantu menyelesaikan masalah berbangkit khususnya bagi kawasan Taman Perindustrian. Turut hadir Ahli Majlis MPBP, Ketua Jabatan Dalaman yang berkaitan, Wakil Industri serta Agensi Jabatan Teknikal di peringkat daerah dan Negeri.
Mesyuarat merangkumi pembentangan Laporan Prestasi Pembangunan Perindustrian MPBP, Kelulusan Permohonan Penginapan Pekerja Dan Asrama Pekerja, pelaporan Status Program Pemutihan Industri Tanpa Kebenaran Di Dalam Kawasan Pentadbiran MPBP dan Pembentangan Laporan Prestasi Pembangunan Perindustrian di kawasan MPBP yang disediakan oleh pihak MIDA.