Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Akta 172 & Akta 133 Bil. 1/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Akta 172 & Akta 133 Bil. 1/2026

  • 27 Feb 2026
  • Berita

27 FEBRUARI 2026 | JUMAAT - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penguatkuasaan Akta 172 dan Akta 133 Bil. 1/2026 pada 27 Februari 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Aras 14, Menara MPBP.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua MPBP, Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman. Turut serta agensi teknikal dan beberapa jabatan dalaman MPBP. Mesyuarat membincangkan status penguatkuasaan, pelaksanaan Program Pemutihan MPBP, pembentangan kertas perakuan tindakan serta tindakan perobohan ke atas premis yang tiada kelulusan di kawasan pentadbiran MPBP.

MPBP komited memastikan pematuhan undang-undang perancangan dan pembangunan dilaksanakan secara teratur, telus dan berkesan.