Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bandar Pintar dan Rendah Karbon Bil. 01/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bandar Pintar dan Rendah Karbon Bil. 01/2026

  • 4 Mac 2026
  • Berita

04 MAC 2026 | RABU - Tuan Haji Nazid bin Jasiman, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Bandar Pintar dan Rendah Karbon Majlis Perbandaran Batu Pahat Bil.1/2026 bertempat di Menara MPBP. Mesyuarat ini merupakan kali pertama bagi tahun 2026 dan Mengikut perancangan, mesyuarat ini dirancang sebanyak empat (4) kali setahun bagi membincangkan perancangan dan halatuju bandar pintar dan rendah karbon di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Mesyuarat turut dihadiri oleh En. Zaidi b Japar, Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat, barisan Ahli Majlis, Ketua Jabatan MPBP serta jabatan/agensi di peringkat Negeri dan Daerah.  Agenda mesyuarat melibatkan pelaporan status terkni pelaksanaan Bandar Pintar dan Rendah Karbon serta Pelaporan Kemampanan Bandar yang melibatkan Murninets, Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Nature Base Solutions (NBs).

Mesyuarat antara lain memantau pelaksanaan projek-projek berkaitan inisiatif bandar pintar yang sedang dilaksanakan seperti pemasangan CCTV dengan keupayaan Artificial Intelligence (AI), pembangunan Batu Pahat Integrated Command and Control Centre (BP-IOCC), Pemasangan Sistem Pemantauan Kualiti Udara (Air Quality Monitoring System) di Dataran Penggaram, Batu Pahat serta Pelaksanaan Sistem Kutipan Sisa Pintar Penstoran Bawah Tanah ("Smart Deep Collection System - SCDS")

Mesyuarat pada kali ini menerima pembentangan khas dari syarikat Presgo Gateways Sdn Bhd bagi cadangan pelaksanaan Aplikasi Bersepadu Bandar Pintar (Smart City SuperApps) yang akan memanfaatkan pengurusan dan tadbir urusa yang bersepadu bagi data percukaian, pelesenan, penguatkuasaan dan perancangan pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat serta potensi peningkatan hasil menggunapakai teknologi pintar.

Majlis Perbandaran Batu Pahat terus komited untuk memastikan perancangan yang telah dibuat akan dilaksanakan dengan sebaiknya bagi mencapai sasaran bandar pintar dan rendah karbon menjelang tahun 2030.