Makluman Penutupan Sementara Batu Pahat River Cruise

  • 11 Feb 2026
  • Pengumuman

Dimaklumkan bahawa pengoperasian Batu Pahat River Cruise akan ditutup sementara bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan bagi memastikan tahap keselamatan serta keselesaan pengunjung sentiasa berada pada tahap terbaik.

Tempoh Penutupan: 11 Februari 2026 – 26 Mac 2026

Sehubungan itu, semua aktiviti keluar masuk serta operasi di jeti adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh tersebut.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.