Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri

Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri

  • 14 Apr 2026
  • Berita

14 APRIL 2026 | SELASA - Majlis Perbandaran Batu Pahat telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Majlis Perbandaran Batu Pahat 2026 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Batu Pahat. Pengisian majlis dimulakan dengan Perhimpunan Pagi bulan April 2026 iaitu amanat dari Tuan Setiausaha MPBP, Encik Abd Razak bin Ithnain kepada semua warga kerja MPBP. Majlis turut diserikan penyampaian Anugerah “Employee of the Month” bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2026. Seramai 6 orang warga kerja MPBP telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut. Dua orang pegawai MPBP juga telah mendapat surat kenaikan pangkat pada majlis tersebut. Pada majlis tersebut juga, Tuan Yang Dipertua, MPBP telah menyerahkan hadiah kejayaan yang dimenangi oleh pasukan MPBP iaitu Naib Johan Pertandingan E-Sport Maksak Johor Games 2026.

Seterusnya, Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Majlis Perbandaran Batu Pahat tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dalam suasana harmoni dan ceria dengan kehadiran jemputan daripada agensi dan jabatan kerajaan/swasta di sekitar daerah Batu Pahat. 

MPBP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang hadir ke majlis ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.