Lawatan Tapak Pasar Raya Econsave

Lawatan Tapak Pasar Raya Econsave

  • 29 Apr 2026
  • Berita

29 APRIL 2026 | RABU - Satu sesi lawatan tapak telah diadakan di tapak pasar raya Econsave di Jalan Kluang, Batu Pahat. Sesi lawatan ini diketuai oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap MPBP, Ahli Majlis MPBP, Ranjit Singh A/L Gurdial serta kontraktor, En. Chew Weei Ping dan En. Mohamad Yunus bin Sulaiman

Pasar raya ini merupakan cawangan pertama daripada empat pasaraya Econsave yang dirancang dalam kawasan pentadbiran MPBP. Kemajuan semasa pembinaan di tapak telah mencapai kira-kira 50% dan dijangka siap pada bulan September 2026. Projek pembangunan ini turut menempatkan empat (4) unit kiosk di luar tapak bagi menyusun semula penjaja di tepi jalan tanpa kebenaran  bagi menjalankan aktiviti perniagaan. Selain itu, projek ini juga melibatkan kerja-kerja penyusunan semula jalan keluar masuk  dan pelebaran Jalan Raja Endut kepada kelebaran 40 kaki. Terdapat juga kemudahan tempat letak kenderaan elektrik (EVCB), sistem penggera keselamatan (panic button) di kawasan tempat letak kenderaan di aras bawah serta kamera litar tertutup (cctv).

Pembangunan ini adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 8: Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi, SDG 9: Industri, Inovasi dan Infrastruktur, dan SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan, dalam menyokong pembangunan ekonomi setempat, peningkatan infrastruktur, serta kesejahteraan komuniti.