Lawatan Tapak Cadangan Pelabuhan Baharu

Lawatan Tapak Cadangan Pelabuhan Baharu

  • 30 Apr 2026
  • Berita

30 APRIL 2026 | KHAMIS - Satu sesi lawatan tapak telah diadakan di tapak pembangunan marin dan kemudahan berkaitan di persisiran Sungai Batu Pahat, Mukim Peserai dan Mukim Bagan, Batu Pahat, Johor.

Lawatan tapak ini bertujuan untuk meninjau kemajuan semasa pembinaan, mengenal pasti isu dan permasalahan yang wujud di tapak, serta meneliti langkah penambahbaikan bagi memperkukuh perancangan dan pelaksanaan pembangunan pada masa hadapan.

Terdapat juga cadangan pengekalan tapak santuari burung seluas lima (5) ekar bagi memelihara habitat semula jadi burung botak yang berpotensi menjadi tarikan kepada orang ramai, di samping menyokong usaha pemeliharaan biodiversiti.

Pembangunan ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 8: Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi (Decent Work and Economic Growth), SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan (Sustainable Cities and Communities), SDG 14: Hidupan di Bawah Air (Life Below Water), serta SDG 15: Hidupan di Darat (Life on Land), yang menekankan keseimbangan antara pembangunan ekonomi, pembangunan fizikal, pemeliharaan ekosistem serta kelestarian alam sekitar.