Lawatan Tapak Bandar Perindustrian Genting

Lawatan Tapak Bandar Perindustrian Genting

  • 6 Apr 2026
  • Berita

06 APRIL 2026 | ISNIN - Sesi lawatan ke tapak Bandar Perindustrian Genting telah diadakan pihak MPBP di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap dan Genting Property Sdn. Bhd.

Pembangunan Fasa 1 melibatkan keluasan 239.56 ekar dengan pelbagai komponen industri serta kemudahan sokongan. Status semasa Fasa 1A telah mencapai 80% dan dijangka siap pada Mei 2027, manakala keseluruhan pembangunan dijangka siap pada tahun 2033.

Pembangunan ini bertujuan menempatkan industri ke kawasan yang lebih terancang, di samping menyediakan kemudahan rekreasi seperti tapak perkhemahan, flying fox dan tangga bermural.

Ke arah pembangunan industri yang lebih tersusun, moden dan berdaya saing.