05 FEBRUARI 2026 | KHAMIS - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menerima Lawatan Pra Audit oleh pihak Malaysian Investment Development Authority (MIDA) bagi Permohonan Projek Menaiktaraf Infrastruktur Asas Kawasan Perindustrian Berintegrasi Sedia Ada di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) Tahun 2026 – Rolling Plan 1 (RP1) bagi Negeri Johor (Batu Pahat).
Lawatan ini melibatkan penilaian komponen Jalan Raya di:
- Taman Perindustrian Sri Gading 2
- Taman Perindustrian Parit Raja
Program ini bertujuan menilai keperluan menaiktaraf infrastruktur sedia ada bagi menyokong persekitaran perindustrian yang lebih efisien, selamat dan mampan.