27 APRIL 2026 | ISNIN - Pihak MPBP berbesar hati menerima lawatan daripada pihak Pejabat Tanah Segamat ke MPBP. Hadir mempengerusikan lawatan ini ialah Yang Dipertua MPBP, Tuan Haji Mohd Nazid Bin Jasiman Dan disertai Setiausaha MPBP, ketua-ketua Jabatan dan pegawai- pegawai kanan MPBP.
Rombongan Pejabat Tanah Segamat diketuai oleh En. Mohamad Yazid bin Baharudin, Pentadbir Tanah dan disertai 20 orang pegawainya.
Fokus utama lawatan ini adalah perkongsian amalan terbaik "best practice" oleh MPBP yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan, Ketua Jabatan Kewangan dan Ketua Jabatan Perancangan Bandar Dan Landskap.
Seterusnya, lawatan diteruskan ke Bilik Integrated Operation Centre (IOC) MPBP bagi melihat pengurusan dan pemantauan kawasan bandar dengan sokongan teknologi yang merupakan inisiatif bandar pintar. Lawatan diteruskan ke Galeri Dato' Onn Batu Pahat bagi mengetahui sejarah perjuangan Dato' Onn dan melihat barang-barang antik dan artifak lama yang dipamerkan di galeri ini.
MPBP amat menghargai lawatan seumpama ini yang menjadi platform penting bagi pertukaran idea, perkongsian pengetahuan Dan amalan baik antara dua pihak.