Lawatan Kerja (Walkabout)

Lawatan Kerja (Walkabout)

  • 21 Feb 2026
  • Berita

Satu sesi lawatan kerja (walkabout) telah dilaksanakan hari ini oleh YB Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Exco Kerajaan Negeri Johor, bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman. Lawatan ini bertujuan meninjau pelan transformasi menyeluruh kawasan perniagaan di bawah seliaan MPBP yang bakal dinaik taraf sepenuhnya bagi menjamin persekitaran yang lebih kondusif, estetik, dan tersusun. 

Melalui inisiatif ini, kapasiti tapak niaga akan dipertingkatkan daripada 98 unit sedia ada kepada 136 unit bagi membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat. Selain aspek fizikal, keselesaan peniaga dan pengunjung turut diberi keutamaan melalui pemasangan sistem kipas gergasi bagi memastikan pengudaraan yang lebih baik di seluruh kawasan.