Kursus Celik Kewangan Dan Perancangan Persaraan

Kursus Celik Kewangan Dan Perancangan Persaraan

  • 30 Apr 2026
  • Berita

30 APRIL 2026 | KHAMIS - Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada cara pengurusan kewangan secara berhemah dan merancang masa depan kewangan yang lebih stabil untuk jangka masa panjang. 

Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Rosezaimy bin Mohd Zin dan Tuan Haji Azman bin Haji Bakri dari Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Batu Pahat dan Kluang. Kursus ini juga telah menjemput Puan Noridayu binti Madun dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Batu Pahat untuk menyampaikan taklimat kepada pegawai yang bakal bersara dan pegawai lantikan baharu. Kursus ini telah dihadiri seramai 45 orang peserta. Setiausaha MPBP, En. Abd Razak bin Ithnain telah meluangkan masa untuk penyampaian cenderahati pada majlis penutup kursus ini.