Kebakaran di Bahagian Pasar Borong dan Tandas Pasar Awam Rengit

Kebakaran di Bahagian Pasar Borong dan Tandas Pasar Awam Rengit

  • 8 Mei 2026
  • Berita

08 MEI 2026 | JUMAAT -  Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) ingin memaklumkan bahawa telah berlaku kebakaran di Bahagian Pasar Borong dan Tandas Pasar Awam Rengit milik MPBP pada 8 Mei 2026 sekitar jam 3.00 pagi.

Pihak BOMBA telah bertindak segera dan berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain. Tiada kehilangan nyawa dilaporkan setakat ini, namun beberapa peniaga dan premis telah terjejas.

Sebagai langkah segera:

  • Kawasan kebakaran telah ditutup sementara bagi tujuan siasatan keselamatan.
  • MPBP sedang menyediakan tapak alternatif sementara untuk peniaga yang terjejas.
  • Laporan kerosakan sedang disediakan oleh pegawai teknikal MPBP
  • Kawasan kebakaran adalah kawasan larangan masuk sehingga dimaklumkan oleh MPBP

MPBP amat bersimpati dengan nasib peniaga dan masyarakat yang terjejas. Kami komited untuk melaksanakan pelan pemulihan segera termasuk baik pulih pasar dan audit keselamatan di semua pasar awam lain.

Kami menyeru masyarakat agar bertenang dan tidak membuat spekulasi. 

Segala perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta, MPBP di talian 07-439 6863