Majlis Perbandaran Batu Pahat komited dalam memastikan persekitaran yang lebih sihat, selamat dan selesa untuk seluruh warga Batu Pahat.
Merokok adalah DILARANG di kawasan-kawasan awam seperti hospital, institusi pendidikan, premis kerajaan, tempat makan, taman awam, hentian pengangkutan awam dan lain-lain lokasi yang telah ditetapkan.
- Tindakan kompaun boleh dikenakan kepada individu yang melanggar peraturan ini.
Marilah kita bersama-sama mematuhi peraturan yang ditetapkan demi kesihatan keluarga dan komuniti.
- Bersama Membina Bandar Bebas Asap Rokok
