27 FEBRUARI 2026 | JUMAAT - Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bersama Jabatan Pelesenan telah melaksanakan kawalan dan pemantauan di beberapa lokasi Bazar Raya di sekitar pentadbiran MPBP bagi memastikan kelancaran operasi serta pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.
Dalam sepanjang pemantauan tersebut, antara isu yang dikenal pasti termasuk peniaga yang di kendalikan warga asing, peminta sedekah, peniaga bunga api di dalam bazar raya dan sewaan parkir kenderaan berhampiran tapak Bazar yang di anjurkan oleh MPBP sehingga menjejaskan kelancaran dalam kawalan.
Walau bagaimanapun, jabatan telah memastikan isu-isu tersebut diatasi dengan mengambil tindakan serta merta antaranya :
- lima (5) tindakan penutupan perniagaan yang di kendalikan warga asing.
- satu (1) tindakan Amaran Lisan keatas sewaan parking tanpa kebenaran MPBP.
Sehubungan itu, pihak MPBP telah melakukan perbincagan dan teguran bersama pemilik penganjur bazar raya serta pemilik tanah tanah (persendiriaan) agar mematuhi undang-undang MPBP. Kawalan dan pemantauan secara berterusan sepanjang bulan Ramadan akan dilaksanakan MPBP bagi memastikan operasi bazar berjalan dengan lancar, teratur serta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.