Kawalan Dan Pemanataun Bazar Ramadan

Kawalan Dan Pemanataun Bazar Ramadan

  • 23 Feb 2026
  • Berita

MINGGU PERTAMA RAMADAN 2026 - Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah melakukan kawalan dan pemantauan di beberapa lokasi Bazar Ramadan  di sekitar pentadbiran MPBP bagi memastikan kelancaran operasi serta pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.

Dalam sepanjang pemantauan  daripada hari pertama, antara isu yang dikenal pasti termasuk kesesakan lalu lintas, peminta sedekah, berniagan tanpa permit dan berniaga berhampiran tapak Bazar yang di anjurkan atau di luluskan oleh MPBP sehingga menjejaskan kelancaran dalam kawalan.

Walau bagaimanapun, tindakan pantas dan permantauan berterusan oleh anggota penguat kuasa telah berjaya mengawal serta menyelesaikan isu-isu berkenaan dengan segera bagi memastikan perjalanan Bazar Ramadan berjalan dengan teratur dan lancar.

Pihak MPBP akan terus menjalankan kawalan dan pemantauan secara berterusan sepanjang bulan Ramadan bagi memastiakan operasi bazar berjalan dengan lancar, teratur serta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.