Ceramah dan Program Saringan Kesihatan

Ceramah dan Program Saringan Kesihatan

  • 10 Feb 2026
  • Berita

10 FEBRUARI 2026 | SELASA - Program ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pengetahuan, kesedaran dan fahaman warga kerja MPBP mengenai kepentingan menjaga kesihatan diri dan menggalakkan warga kerja mengambil langkah pencegahan awal seperti pemeriksaan kesihatan secara berkala.  

Ceramah dimulakan dengan sesi taklimat oleh doktor perubatan dan pakar pemakanan dari Hospital Putra Batu Pahat. Sesi taklimat penjagaan kesihatan diri dan penyakit slip disc telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Zaid bin Ahmad ; Orthopaedic Surgeon dan taklimat pemakanan seimbang dan penjagaan kesihatan semasa di bulan Ramadhan oleh Puan Atiqah Najihah ; pakar pemakanan. 

Program diteruskan dengan taklimat  kesedaran kanser mulut oleh Dr. Priyanta Pang Lee Yek dari Klinik Kesihatan Pergigian Batu Pahat. 

Turut diadakan juga pemeriksaan kesihatan dan pemeriksaan mata oleh pihak Hospital Putra Batu Pahat dan pemeriksaan gigi sempena bulan kesedaran kanser mulut oleh pihak Klinik Kesihatan Pergigian Batu Pahat secara percuma kepada warga kerja MPBP.

Semoga program ini dapat memberi kesedaran kepada warga kerja MPBP tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri seterusnya ke arah membina semangat warga kerja MPBP yang lebih sihat, cergas dan produktif.