23 FEBRUARI 2026 | ISNIN - Aktiviti Pemeriksaan tempat pembiakan nyamuk telah dijalankan oleh Unit Kawalan Vektor Majlis Perbandaran Batu Pahat di sekitar Jalan Ledang Taman Bandar. Aktiviti ini bertujuan untuk mengesan kawasan berpotensi dan seterusnya menghapus tempat pembiakan jentik-jentik .
Warga Batu Pahat dinasihatkan untuk meluangkan masa 10 minit setiap minggu bagi menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes dikawasan kediaman anda.
Hapuskan Aedes, Cegah Denggi!