07 FEBRUARI 2026 | SABTU - Aktiviti Gotong- Royong Membanteras Aedes di kawasan wabak denggi disekitar Taman Tanah Merah Bersama Pejabat Kesihatan Daerah, Southern Volunteer Daerah Batu Pahat dan Komuniti Setempat telah diatur gerak bagi mengesan kawasan berpotensi dan seterusnya menghapus tempat pembiakan nyamuk. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan :
- Aktiviti Search N Destroy tempat yang berpotensi Pembiakan Nyamuk Aedes
- Litterpicking Sekitar Kawasan Perumahan
- Pembersihan Awam Belakang Rumah(Backlane)
- Pameran dan Taklimat Pendidikan Kesihatan
Warga Daerah Batu Pahat dinasihatkan untuk meluangkan masa 10 minit setiap minggu bagi menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes bagi tujuan mencegah Demam Denggi.
Hapuskan Aedes, Cegah Denggi !