04 APRIL 2026 | SABTU - Kesihatan Persekitaran MPBP telah menjalankan Aktiviti Gotong- Royong Membanteras Aedes di kawasan wabak denggi disekitar Taman Sri Penggaram Bersama Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat serta Kakitangan Klinik Kesihatan Batu.Aktiviti ini dilaksanakan bagi mengesan kawasan berpotensi pembiakan dan seterusnya menghapuskan tempat pembiakan nyamuk. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan :
- Aktiviti Cari & Musnah tempat yang berpotensi Pembiakan Nyamuk Aedes
- "Litterpicking" Sekitar Kawasan Perumahan
- Pameran dan Taklimat Pendidikan Kesihatan
Warga Daerah Batu Pahat dinasihatkan untuk meluangkan masa 10 minit setiap minggu bagi menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes bagi tujuan mencegah Demam Denggi.
Hapuskan Aedes, Cegah Denggi