26 APRIL 2026 | AHAD - Aktiviti Gerak Mesra Membanteras Aedes di Taman Sedap Parit Raja Bersama Adun Parit Raja Zon 12 Puan Hajah Nor Rashidah Binti Ramli serta Ahli Majlis Zon 12 Puan Norhanim Binti Monadam , Pejabat Kesihatan Daerah, SWCorp / SWM Environment, Klinik Kesihatan , Southern Volunteer Daerah Batu Pahat dan Komuniti Setempat telah diatur gerak bagi mengesan kawasan berpotensi dan seterusnya menghapus tempat pembiakan nyamuk. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan :
- Aktiviti Search N Destroy tempat yang berpotensi Pembiakan Nyamuk Aedes
- Litterpicking Sekitar Kawasan Perumahan
- Pameran dan Taklimat Pendidikan Kesihatan
- Aktiviti Zumba
- Pemeriksaan Kesihatan
- Aktiviti Mewarna
Warga Batu Pahat dinasihatkan untuk meluangkan masa 10 minit setiap minggu bagi menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes.
Hapuskan Aedes, Cegah Denggi !