31 DISEMBER 2025 | RABU - Program Sambutan Malam Ambang 2026 dan 25 Tahun Perbandaran Batu Pahat yang telah berlangsung pada 31 Disember 2025 di Dataran Penggaram Batu Pahat yang telah di rasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid
(Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor)
Dataran Penggaram menjadi saksi penyatuan warga Batu Pahat dalam meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bersempena Ambang Tahun Baharu. Suasana cukup meriah dan penuh bermakna!
Mengimbau sejarah, MPBP yang dahulunya dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat telah dinaik taraf pada tahun 2001. Detik itu menjadi titik tolak kepada perancangan bandar yang lebih sistematik dan pembangunan yang lebih mampan.
Kini, MPBP mengorak langkah gagah menuju status Bandar Pintar. Fokus utama kekal untuk memperkasakan kemudahan warga serta memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan berkesan.
Turut memeriahkan majlis, YB Tuan Haji Mohd Yusla Ismail, YB Gan Peck Cheng, Tuan Haji Mohd Nazid Jasiman (YDP MPBP), Tuan ACP Shahrulanuar Mushadat Abdullah Sani (KPD Batu Pahat), serta Tuan Zaidi Japar (Ketua Whip Ahli Majlis MPBP).
Selamat Menyambut Tahun Baru 2026!