MENU

Main menu

7 APRIL 2024 | AHAD

MAJLIS PELANTIKAN DAN ANGKAT SUMPAH AHLI MAJLIS MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT SESI 2024/2025

Majlis Pelantikan dan Majlis Angkat Sumpah Ketua Whip serta Ahli Majlis MPBP yang baharu bagi sesi 2024/2025 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Tingkat 14, Menara MPBP, di hadapan YBhg. Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Pelantikan Ahli Majlis ini selaras dengan Seksyen 10(1) dan Seksyen 10(3), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang memperuntukan kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk melantik ahli-ahli majlis bagi tempoh tidak melebihi tiga (3) tahun.

Diharapkan dengan pelantikan individu-individu ini sebagai Ahli Majlis MPBP akan dapat menjalinkan hubungan antara PBT bersama komuniti setempat dan menjadikan komunikasi yang berkesan disetiap zon-zon kawasan selian Ahli Majlis masing-masing dalam Kawasan MPBP.

MPBP telah menerima pelantikan baharu Ahli Majlis bagi sesi 2024/2025 melibatkan seramai 24 orang.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Whip dan juga Ahli-ahli Majlis MPBP diatas pelantikan ini. Semoga Ahli-Ahli Majlis yang dilantik akan sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada komuniti setempat demi kesejahteraan rakyat di kawasan MPBP khususnya.

Turut hadir menyaksikan Majlis Angkat Sumpah ini ialah Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Ketua-Ketua Jabatan/Unit MPBP.

Allah Peliharakan Sultan

Allah Berkati Johor

#BangsaJohor

#MajuJohor

#MajudanSejahtera