Soalan Lazim

Soalan yang sering ditanya

Ya perlu, Cukai Tanah dan Cukai Taksiran adalah cukai yang berbeza yang perlu dijelaskan oleh setiap pemilik harta.

Cukai Harta atau Cukai Taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan berkadar dalam kawasan Majlis perbandaran Batu pahat mengikut kuasa yang diberikan di bawak Akta Kerajaan tempata 1976 (Akta 171).

Tiada perbezaan. Perbezaan istilah ini membawa maksud yang sama dengan meletakkan Cukai Taksiran sebagai istilah yang tepat untuk rujukan.

Terdapat 4 jenis harta bercukai iaitu:

  1. Perumahan (Rumah Teres / Rumah Berkembar / Rumah Sesebuah / Apartment).
  2. Perdagangan (Kedai / Hotel / Pawagam / Klinik)
  3. Perindustrian ( Kilang Teres / Kilang Sesebuah / Kilang Berkembar).
  4. Pertanian / Tanah Kosong (Ladang / Kebun / Lot Kediaman).

Tujuan perlu membayar cukai harta kerana untuk keselesaan dan kemudahan (Kutipan sampah / Pembersihan Longkang / Lampu Jalan / Potong Rumput dan lain-lain). Selain itu kerja-kerja pentadbiran, perancangan dan penyelenggaraan (Baik Pulih Bangunan / Taman Awam / Taman Permainan dan lain-lain. Terdapat juga aktiviti Penggerak Sosioekonomi ( Aktiviti Kemasyarakatan / Gerak Mesra).

Bil cukai harta dikeluarkan dan perlu dijelaskan 2 kali setahun iaitu Penggal 1 (Januari - Jun) perlu dijelaskan bermula 1 Januari sehingga 28 Februari. Manakala Penggal 2 (Julai - Disember) perlu dijelaskan bermula 1 Julai sehingga 30 Ogos.

Pemilik dinasihatkan untuk menghubungi MPBP untuk membuat semakan atau datang terus ke kaunter bayaran MPBP.

Bagi alamat surat-menyurat Bil Cukai Harta yang berbeza dengan alamat penginapan anda, sila hadir ke Aras 8, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Menara MPBP bagi tindakan kemaskini alamat surat menyurat anda.

Penilaian hartanah pemilik adalah bagi tujuan cukai harta dan ianya dinilai mengikut aras nilaian tahun-tahun sebelumnya.

Bagi permohonan pindah milik kerana urusan jual beli, anda perlu mengisi Borang I. Bagi pindah milik nama kerana kematian atau warisan harta, anda perlu mengisi Borang J.

Kembali
Dibawah topik ini