MENU

Main menu

1 Februari 2024 | Khamis

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024

YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

Majlis Amanat Tahun Baharu Yang DiPertua Majlis Perbandaran dan Ikrar Integriti MPBP telah diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat Encik Ezahar bin Abu Sairin. Turut hadir sama Setiausaha MPBP Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar serta Ketua-ketua jabatan dan warga kerja MPBP.

Turut diumumkan anugerah pekerja contoh bulan November dan Disember 2023 serta majlis penyampaian hadiah pertandingan Cabaran Turun Berat Badan MPBP.

#bphebat

#majudansejahtera

#MPBP

#smartcitybatupahat

#IntegrityFirst