MENU

Main menu

31.1.2024 | Rabu

Hari ini MPBP telah menerima lawatan daripada Ketua jabatan dan pegawai-pegawai dari Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) iaitu Encik Mohamad KhairulAnuar bin Esa, Pengarah Integriti dan Pemodenan Pentadbiran, Encik Mohamad Haziq bin A. Rahman, Pegawai Undang-undang dan 2 orang pegawainya iaitu Puan Norhashimah binti Omar dan Puan Hazlina binti Yacob bagi Sesi Perkongsian Ilmu berkenaan Kes Tatatertib dan Integriti.

Tujuan lawatan ini adalah bagi memberi pendedahan dan perkongsian ilmu bagi memantapkan perkhidmatan Sumber Manusia dan Unit Integriti bersama. Sesi ini dipengerusikan oleh Puan Noor Adiba Bte Abdul Rashid, Ketua Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPBP.

Terima kasih diucapkan dan semoga sesi perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat, insyaAllah.

#sesiperkongsianilmupengalaman

#mpbpdanmbjb

#integrityfirst