MENU

Main menu

LAWATAN MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT KE TAPAK PELANCONGAN KESANG RIVER CRUISE MAJLIS DAERAH TANGKAK

30 Januari 2024 (Selasa) - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah membuat lawatan ke Majlis Daerah Tangkak yang diketuai oleh Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Batu Pahat Encik Ezahar bin Abu Sairin.

Kunjungan lawatan ini bertujuan untuk melihat dan mendapatkan gambaran sebenar selaras salah satu cadangan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pesisiran Sungai Batu Pahat iaitu menggunakan perkhidmatan pengangkutan air seperti 'River Cruise' dan 'River Taxi' sebagai tarikan semula jadi di Sungai Batu Pahat yang menyokong kepada eko pelancongan melalui pendekatan komuniti setempat.

Sesi kunjungan lawatan ini telah dibawa ke tapak 'Kesang River Cruise' serta diberikan taklimat ringkas sebelum di bawa menaiki bot menyelusuri sepanjang Sungai Kesang bagi menikmati panorama keindahan alam semula jadi di sepanjang laluan tersebut.

Tuan Yang DiPertua Majlis Daerah Tangkak, YM Ungku Mohd Zaffrin bin Ungku Mohd Zaman bersama Setiausaha Majlis Daerah Tangkak serta beberapa pegawai lain telah menyantuni kunjungan lawatan ke lokasi tapak lawatan bersama-sama.

Turut bersama, Ketua Jabatan Perancang Pembangunan, Majlis Perbandaran Batu Pahat dan beberapa pegawai lain.

#mpbp

#MajudanSejahtera

#BPHebat