MENU

Main menu

LAWATAN TEKNIKAL MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT KE BANDAR GAMUDA COVES

23 Januari 2024 - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah mengadakan lawatan teknikal ke Bandar Gamuda Coves, Kuala Langat, Selangor.

Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari pembangunan perbandaran baharu yang dibangunkan oleh Gamuda Land Sdn. Bhd yang mengutamakan aspek rendah karbon, bandar pintar dan kemampanan sejajar dengan hasrat MPBP ke arah bandar pintar dan rendah karbon menjelang tahun 2030.

Delegasi MPBP yang diketuai oleh Tuan Yang Dipertua, Encik Ezahar bin Abu Sairin ini telah disambut oleh Penolong Pengurus Besar Gamuda Land Sdn. Bhd., Encik Ku Zamri Bin Ku Shaari. Penerangan mengenai pelan induk keseluruhan bandar tersebut yang telah memperoleh Anugerah 5 Berlian Bandar Rendah Karbon yang pertama di Malaysia telah diberikan di Gamuda Cove Experience Gallery.

Antara lokasi lain yang dikunjungi adalah Wetlands Arboretum Centre, Safari Insta Tour @ Paya Indah Discovery Wetlands, SplashMania, Cove Aerobar @Discovery Park dan meninjau beberapa rumah contoh.

Gamuda land

Gamuda Cove