MENU

Main menu

Tarikh : 18 Januari 2024 (Khamis)

Masa : 10.00 pagi

*Sesi Outreach Bersama Persatuan Peniaga Kereta Motor Batu Pahat & Pengusaha Kereta Baru dan Terpakai Batu Pahat telah diadakan di Aras 10, Menara MPBP bertujuan untuk membincangkan isu dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha bagi mengemukakan permohonan dan kelulusan pelan kepada MPBP

Sesi perbincangan telah diketuai oleh En. Shahril bin Karjoo, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan . Turut disertai bersama adala h En. Ter Hwa Kwong Ahli Majlis MPBP, wakil Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat dan 12 syarikat pengusaha kereta di dalam kawasan MPBP.

Perbincangan menghasilkan keputusan dan respon yang positif daripada kesemua pengusaha kereta untuk mengemukakan permohonan pelan dan pembaharuan lesen perniagaan sekaligus menyokong Program Pemutihan yang telah dilaksanakan oleh MPBP.