MENU

Main menu

14 JANUARI 2024 | AHAD

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT DATO' MOHD JAFNI BIN MD SHUKOR PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN NEGERI JOHOR KE MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni bin Md Shukor Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Turut hadir sama Yang Berhormat Dato' Haji Zulkarnain bin Haji Kamisan ADUN Sri Medan, Yang Berhormat Encik Mohd Yusla bin Ismail ADUN Senggarang, Yang Berhormat Nor Rashidah binti Haji Ramli ADUN Parit Raja, Yang Berhormat Gan Peck Cheng ADUN Penggaram, Yang Berbahagia Dato Ali Shikh Ketua Whip MPBP, Encik Hafiz bin Aliman Setiausaha Bahagian,Pejabat Setiausaha Kerajaan Tempatan, Encik Fairus Ketua Pembangunan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor , Encik Kamarul bin Ehsan Ketua Pembangunan Strategik PKPJ, Encik Zaidi bin Japar Timbalan Ketua Whip Ahli Majlis MPBP, Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Ahli-ahli Majlis MPBP dan Ketua-ketua Jabatan MPBP.

Lawatan kerja kali ini adalah khusus untuk memantau sendiri secara agresif semua isu yang melibatkan bidang MPBP dan Perumahan di kawasan Batu Pahat. Encik Ezahar bin Abu Sairin Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat telah menyampaikan taklimat berkaitan MPBP serta isu-isu kritikal MPBP yang memerlukan perhatian khusus dan perbincangan terperinci bersama Kerajaan Negeri.

#mpbp

#smartcitybatupahat

#MajudanSejahtera

#BPHebat