MENU

Main menu

PROGRAM GERAK MESAR ZON 14

30 Disember 2023 | Sabtu - Program yang berlangsung di Dewan Terbuka Taman Banang adalah anjuran Encik Alvin Teo Wee Chong, Ahli Majlis MPBP Zon 14 telah disempurnakan oleh Encik Shahril bin Karjo, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan MPBP, wakil rasmi Yang Dipertua MPBP.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan iaitu aktiviti Senamrobik, Sukaneka, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, serta Penyampaian Bakul Rezeki yang telah disumbangkan oleh Yayasan Makmur Batu Pahat.

Alhamdulillah kesemua 24 orang Ahli Majlis mewakili 24 zon kawasan pentadbiran MPBP telah melaksanakan Program Gerak Mesra bagi tahun 2023. Tujuan utama pelaksanaan Program Gerak Mesra ialah untuk membina hubungan baik di antara pihak MPBP dengan warga perbandaran dan pembayar cukai. Disamping itu program ini juga menjadi penyampai maklumat kepada orang ramai melalui pameran ataupun aktiviti yang di rancang.

Semoga semua program yang dilaksanakan memberikan manfaat kepada masyarakat Batu Pahat.

#MPBP #MajudanSejahtera #PGM23

#MajuJohor #BPHebat