MENU

Main menu

28 DISEMBER 2023 | KHAMIS

8.30 MALAM | PANTAI MINYAK BEKU

MAJLIS PERASMIAN TAPAK PERKHEMAHAN MINYAK BEKU DAN MAJLIS MAKAN MALAM MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

Majlis Perasmian Tapak Perkhemahan Minyak Beku ' Minyak Beku Campsite' dan Majlis Makan Malam MPBP bersama Komuniti Ahli Majlis Zon 13 serta Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Penyelaras Ahli Majlis MPBP.

Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Encik Ezahar bin Abu Sairin Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. Turut hadir sama YH Dato Haji Ali bin Shikh Ahmad Ketua Whip Ahli Majlis MPBP, Encik Zaidi bin Japar Timbalan Ketua Whip Ahli Majlis MPBP, Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar Setiausaha MPBP, Ahli-ahli Majlis MPBP, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Penyelaras Ahli Majlis serta Komuniti Zon 13.

Untuk makluman tapak perkhemahan Minyak Beku akan dibuka secara rasmi pada 1 Januari 2024 kepada orang awam.

Majlis makan malam ini juga untuk meraikan Ahli-ahli Majlis serta Pegawai-pegawai penyelaras Ahli Majlis serta Ketua-ketua Jabatan dengan prestasi sepanjang tahun 2023.