MENU

Main menu

PROGRAM GERAK MESRA ZON 17 MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

22 Disember 2023 | Jumaat

Program Gerak Mesra Zon 17 Majlis Perbandaran Batu Pahat anjuran Datin Hajah Hajar binti Abdul Rahman telah berlangsung di Kawasan Terbuka Gerai Pesta, Kampung Kenangan Dato' Onn.

Program telah dirasmikan oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Turut hadir sama dalam program ini ialah Encik Zaidi bin Japar; Timbalan Ketua Whip MPBP, Ahli-ahli Majlis MPBP, serta penduduk setempat.

Program bertemakan 'Gotong Royong Kita Recycle & Seni dari Sampah' seiring dengan matlamat MPBP untuk menjadikan Batu Pahat Melangkah Menuju Bandar Pintar 2024.

Aktiviti yang dianjurkan termasuklah Aktiviti Plogging, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Ceramah Kesihatan, Pertandingan Seni dari Sampah Kanak-kanak, Kaunter Van Bergerak MPBP dan banyak lagi.

Terima kasih Yayasan Makmur Batu Pahat diatas sumbangan bakul rezeki dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Gerak Mesra Zon 17.

#MajudanSejahtera #BPHebat #gerakmesra

#MajuJohor #MPBP #bandarpintar