MENU

Main menu

PROGRAM GERAK MESRA ZON 11 MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

22 Disember 2023 | Jumaat - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 11, Encik Manirajah A/L Suppiah bertempat di Dewan Terbuka Taman Universiti, Parit Raja.

Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Nor Rashidah binti Ramli, ADUN Parit Raja.

Turut hadir Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar; Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat, Ahli-ahli Majlis MPBP, Timbalan Persatuan Taman Universiti, dan penduduk setempat.

Program santai berkonsepkan majlis makan malam bersama penduduk adalah bertujuan untuk beramah mesra, mengenalpasti permasalahan setempat serta mengeratkan lagi silaturrahim.

Turut berlangsung sesi penyampaian sumbangan 2 unit kipas berdiri dan pembesar suara mudah alih oleh Encik Manirajah kepada persatuan penduduk untuk kegunaan aktiviti taman.

Terima kasih kepada Yayasan Makmur Batu Pahat yang telah menyumbang 20 set bakul rezeki untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan di kawasan Ahli Majlis Zon 11 MPBP.

Tahniah kepada Encik Manirajah diatas penganjuran program.

#MajuJohor

#MajudanSejahtera

#MPBP

#GerakMesra