MENU

Main menu

20 Disember 2023 (Rabu)

Bilik Mesyuarat Delima, Tingkat 14, Menara MPBP.

Program Outreach bagi Permohonan Premis Industri dan Komersial Tanpa Kebenaran Melalui Kaedah Perakuan Kendiri (Self Assessment) telah diadakan di Aras 14 Menara MPBP pada 20.12.2023 bertujuan untuk menyebarluas pemahaman berkaitan Program Pemutihan 2.0 dan pembaharuan lesen perniagaan tahun 2024 melalui kaedah Permohonan Permit Sementara dan Permohonan Perakuan Kendiri (self assessment). Sesi Outreach dipengerusikan oleh Tuan Yang Dipertua MBPB, Encik Ezahar bin Abu Sairin dengan penglibatan daripada Persatuan Peniaga-peniaga Kereta Motor Batu Pahat, Persatuan Peniaga-peniaga Perabot Batu Pahat, Persatuan Pekebun Buah-buahan Negeri Johor, Persatuan, Persatuan Pekebun-pekebun Sayur Daerah Batu Pahat, Persatuan Pengilang dan Peniaga Taman Industri Wawasan Batu Pahat, Malaysia Knitting Manufacturers Association, Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, Ahli-ahli Majlis MPBP dan Jabatan Teknikal MPBP.