MENU

Main menu

9 DISEMBER 2023 |SABTU

PROGRAM HARI KOMUNITI PARIT RAJA

Yang Berhormat Puan Nor Rashidah binti Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Parit Raja merasmikan Program Hari Komuniti Parit Raja bertempat di Dewan Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Program turut dihadiri Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Rosman bin Supaat, Penghulu Mukim Sri Gading ( Parit Raja ) Wakil Rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat, YBhg Datuk Haji Mohd Lassim bin Burhan, Ahli Majlis Zon 7 MPBP serta Puan Norhanim binti Monadam, Ahli Majlis Zon 12 MPBP. Program ini merupakan satu inisiatif bagi menyebarluaskan maklumat perancangan pembangunan pekan-pekan di kawasan pentadbiran MPBP bagi membolehkan rakyat mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat setiap perancangan yang akan dibuat serta pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan di kawasan mereka.

Majlis Perbandaran Batu Pahat amat komited melaksanakan setiap program yang berorientasikan awam (Public Centric) bagi membolehkan setiap masayarakat mendapat maklumat yang lebih tepat selain interaksi yang lebih rapat diantara Pihak Berkuasa Tempatan dan masyarakat. Ianya selaras dengan Matlamat No.11 yang digariskan di dalam Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGS) iaitu Sustainable Cities and Communities dengan konsep SDGs itu sendiri iaitu Leave No One Behind. Pelbagai aktiviti disediakan seperti Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Penyampaian Sumbangan Yayasan Makmur, Senamrobik, Pameran Agensi (Jabatan Kesihatan Daerah / Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) / Swcorp / Southern Volunteers Batu Pahat ), Permainan Tradisional serta Penebusan Barangan Kitar Semula. Program ini merupakan siri terakhir bagi tahun 2023 yang menutup tirai penganjurannya setelah lengkap di semua empat lokasi penganjuran iaitu Semerah, Rengit & Senggarang serta Parit Raja.