MENU

Main menu

PROGRAM GERAK MESRA ZON 5 MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT
25 November 2023 (Sabtu) - Program ini telah dilaksanakan di Dewan Terbuka Taman Manis 2, Parit Raja anjuran Encik Toh Poey Tiong, Ahli Majlis MPBP Zon 5.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari ini seperti aktiviti Pertandingan "plogging", Pertandingan Futsal, Pertandingan Mewarna. Turut disediakan ialah kaunter Bergerak MPBP, Pemeriksaan Kesihatan dan Pameran oleh pihak KKM, JPJ, dan SwCorp.

Terima kasih kepada Yayasan Makmur Batu Pahat diatas sumbangan bakul makanan kepada 20 orang asnaf di kawasan Zon 5.

Hadir sama memeriahkan program ialah Tuan Haji Mohd Yusuf bin Ngadirin; wakil rasmi ADUN Parit Raja, Encik Mohd Bakti bin Ahmad; Pengerusi Taman Manis 2, Encik Teo Yew Chuan dan Ahli-ahli Majlis MPBP.

#MPBP

#MajudanSejahtera

#BPHebat