MENU

Main menu

25 NOVEMBER 2023 | SABTU

PROGRAM GERAK MESRA ZON 7

MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT

Program ini telah dilaksanakan di Lorong 5 dan Padang Awam Tongkang Pechah anjuran Yang Berusaha Datuk Haji Mohd Lassim bin Burhan, Ahli Majlis MPBP Zon 7.

Perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Mohamad Najib bin Samuri ADUN Parit Yaani. Turut hadir sama Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Penghulu Mukim, Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Kampung, Ketua- ketua Masyarakat dan penduduk setempat.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari ini seperti aktiviti Senam Robik, Sukanika, Pertandingan "plogging", Pertandingan Mewarna, Bola Jaring, Tarik Tali dan bermacam-macam lagi. Turut disediakan ialah kaunter Bergerak MPBP, Pemeriksaan Kesihatan dan Pameran dari agensi Swasta serta kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Angkatan Perkhidmatan Awam Malaysia (APM), Kolej Komuniti Batu Pahat, PDRM dan Wellness Hub Batu Pahat.

YB ADUN Parit Yaani juga telah dibawa melawat Pasar Awam Tongkang Pechah dan Dewan Tongkang Pechah.

Terima kasih kepada Yayasan Makmur Batu Pahat Yayasan Makmur Batu Pahat diatas sumbangan bakul makanan kepada 20 orang asnaf di kawasan Zon 7.

#MPBP

#MajudanSejahtera

#BPHebat