MENU

Main menu

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN KAWASAN PERINDUSTRIAN (IPMC) PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT BIL.3/2023

20 November 2023 (Isini) – En. Ezahar bin Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Perindustrian (IPMC) Peringkat Majlis Perbandaran Batu Pahat Bil.3/2023.

Jawatankuasa ini berperanan mengurus, memantau dan membantu menyelesaikan masalah berbangkit khususnya bagi kawasan Taman Perindustrian. Turut hadir Tn Hj Abdul Karim b Hj Bakar, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat, Ahli Majlis MPBP, Ketua Jabatan Dalaman yang berkaitan, Wakil Industri serta Agensi Jabatan Teknikal di peringkat daerah dan Negeri. Mesyuarat Bil.3/2023 pada kali ini dihoskan oleh Ramatex Textiles Industries Sdn Bhd yang telah menyediakan keperluan mesyuarat yang lengkap beserta lawatan tapak. Mesyuarat pada kali ini melibatkan Pembentangan Laporan Prestasi Pembangunan Perindustrian MPBP, Pembentangan Kelulusan Permohonan Penginapan Pekerja Dan Asrama Pekerja, pelaporan Status Program Pemutihan Industri Tanpa Kebenaran Di Dalam Kawasan Pentadbiran MPBP dan Pembentangan Laporan Prestasi Pembangunan Perindustrian di kawasan MPBP yang disediakan oleh pihak MIDA.

Sesi pembentangan khas oleh pihak Ramatex Textiles Industries Sdn Bhd berkaitan komitmen dan pelaksanaan inisiatif rendah karbon dan hijau di organisasi mereka selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDGs) telah disampaikan oleh pihak Ramatex melibatkan beberapa inisiatif seperti pemasangan sistem solar panel, pelaksanaan inisiatif Waste to Energy (WTE) serta pemakaian sistem pengurusan air yang tersendiri.

Selesai sesi mesyuarat, satu lawatan tapak telah diatur bagi melihat sendiri kawasan pemasangan Solar Panel di bumbung bangunan milik Ramatex Textiles Industries Sdn Bhd yang telah mendapat pengiktirafan Malaysian Books of Records (MBR) bagi pemasangan sistem solar di atas bumbung terbesar di Asia.

#MajudanSejahtera

#BPHebat

#towardsmartandlowcarboncity

#MajuJohor

#MPBP