MENU

Main menu

SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA 2023 (HPBS) PERINGKAT NEGERI JOHOR DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH BANDAR MAMPAN (MURNInets 2.0) 2023

19 November 2023 – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) dengan kerjasama Sunway City Iskandar Puteri telah menganjurkan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2023 Peringkat Negeri Johor. Sambutan ini telah berlangsung dengan meriah dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor

Pelbagai program telah diadakan antaranya Pertandingan ‘XPlore XPark’, Pertandingan Pelan Konsep ‘Placemaking and Spaces’ Emerald Lake, Program Khas VVIP dan VIP ke Emerald Lake, program berkuda di Horse X-Park, menyelusuri Sungai Pendas dan penyampaian Anugerah Bandar Mampan (MURNInets 2.0) 2023.

Dalam program tersebut Majlis Perbandaran Batu Pahat telah dianugerahkan Bandar Mampan Peringkat Negeri Johor 2023 yang telah disampaikan oleh YB Dato Haji Mohd Jafni bin MD Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. MPBP juga telah mendapat tempat ketiga daripada 18 kumpulan yang menyertai dalam Pertandingan “Xplore XPark” yang telah diadakan pada hari yang sama. Jutaan tahniah juga diucapkan kepada PBT lain yang turut menerima anugerah yang sama.

Penganjuran HPBS di peringkat Negeri Johor pada kali ini merupakan dedikasi semua pihak ke arah mewujudkan komuniti ‘carbon-zero’ serta komited terhadap inisiatif ‘Sustainable Development Goals’ (SDG).

Tahniah diucapkan kepada PLANMalaysia Johor atas penganjuran HPBS 2023 Peringkat Negeri Johor.