MENU

Main menu

PROGRAM GERAK MESRA MEGA MPBP TAHUN 2023

18 November 2023 | Sabtu - Hari ini telah berlangsung Program Gerak Mesra Mega yang diadakan di Stadium Batu Pahat bermula seawal 7.30 pagi.

Penggabungan Program Gerak Mesra yang diadakan secara serentak ini bertujuan merapatkan hubungan dan kerjasama yang lebih erat dikalangan Ahli Majlis serta masyarakat di kawasan zon Ahli Majlis.

Program dimulakan dengan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Encik Ezahar Bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Antara tentatif program ialah acara sukaneka diantara kumpulan dimana 24 orang Ahli Majlis telah dibahagikan kepada 6 kumpulan iaitu kumpulan Lestari, Sejahtera, Gemilang, Maju, Makmur dan Harmoni.

Acara sukan dan sukaneka yang telah dijalankan ialah Pertandingan Bola Sepak 7 sebelah, Bola Jaring 7 sebelah, Hiasan Khemah Terbaik, acara sukaneka Telefon Rosak, Bawa bola pingpong dalam sudu, pertandingan mewarna kanak-kanak dan banyak lagi. Juga telah diadakan ialah pameran oleh agensi kerajaan dan swasta iaitu Pejabat Kesihatan Daerah, AADK, Perkeso, SWCorp, Putra Specialist Hospital dan Southern Volunteers.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan Program Gerak Mesra Mega Tahun 2023.

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Harmoni yang telah menjadi juara keseluruhan pada tahun ini.

Turut hadir Tuan Haji Abdul Karim bin Haji Bakar; Setiausaha MPBP, Encik Zaidi Bin Japar; Timbalan Ketua Whip MPBP, Ahli-ahli Majlis MPBP, Ketua-Ketua Jabatan.

Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah.

#MPBP #MajudanSejahtera #BPhebat

#PGMM #FreePalestine