MENU

Main menu

ANUGERAH PENARAFAN BANDAR PINTAR MALAYSIA 2023

9 November 2023 | Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar Malaysia Tahap 1 (Smart City Early Adopter) di Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan bertempat di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Anugerah diterima oleh En. Ezahar bin Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. Disamping itu juga, MPBP turut menerima Peruntukan Geran dari Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjumlah RM200,000.00 beserta Plak. Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh YBhg. Dato Wira M Noor Azman b Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Anugerah Penarafan Bandar Pintar ini merupakan Salah Satu inisiatif KPKT mengiktiraf PBT di Malaysia yang melaksanakan inisiatif Bandar Pintar di kawasan pentadbiran masing-masing-. Sebanyak 25 PBT telah di Anugerahkan Penarafan Bandar Pintar pada Kali ini.

MPBP melalui Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon 2023-2030 telah menetapkan 80 Tindakan Pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar selaras dengan 85 Indikator Bandar Pintar Malaysia bagi mencapai sasaran sehingga tahun 2030.

Turut menerima Anugerah yang sama adalah Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pengerang serta Majlis Perbandaran Muar dan Majlis Perbandaran Kulai menerima Penghargaan Penyertaan Penarafan Bandar Pintar Malaysia.

#towardsmartandlowcarboncity

#smartcityBP

#majudansejahtera

#BPhebat

#MajuJohor