MENU

Main menu

PROGRAM GREEN BP SEMPENA HARI ALAM SEKITAR

21 Oktober 2023 | Sabtu - Program 'Green BP' Sempena Hari Alam Sekitar telah dilaksanakan pada pagi ini melibatkan penanaman 1000 pokok serentak sehari pelbagai jenis di sekitar kawasan Batu Pahat antaranya Taman Rekreasi Tasik Y, Taman Nira, Persisiran Senggarang dan lain lain tempat.

Program telah dirasmikan oleh Encik Ezahar Bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat bertempat di Taman Rekreasi Tasik Y, Batu Pahat.

Program ini adalah selaras dengan Kempen Penanaman 181 Ribu pokok yang akan dilaksanakan secara serentak di Negeri Johor pada harini.

Antara Matlamat kempen ialah mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara selain memelihara serta memulihara kawasan berhutan.

Bagi menyahut kempen ini, Majlis Perbandaran Batu Pahat melakukan konvoi bermotosikal yang disertai oleh wargakerja MPBP serta Southern Volunteers Batu Pahat pergi ke 4 kawasan terpilih bagi menanam sebahagian dari 1000 pokok.

Konvoi diketuai oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat yang telah disempurnakan pelepasannya oleh YH. Dato Haji Ali Bin Shikh Ahmad, Ketua Whip Ahli Majlis Batu Pahat.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Yusla bin Ismail, ADUN Senggarang dan Yang Berhormat Gan Peck Cheng, ADUN Penggaram yang dapat hadir memeriahkan program.

Terima kasih juga kepada Ahli-Ahli Majlis, PDRM, Southern Volunteers dan semua pihak yang terlibat menjayakan program pada pagi ini.

#MPBP #MajudanSejahtera #ProgramGreenBP